
hayati maksudnya…..begitu mendalam kesannya…
Maksud lagu Aduh Saleha ( kehebatan Loloq )
Itu ke makna nya………….
Alfatihah untuk dia………………
Lagu : Aduh S aleha / Penyanyi : Mawi
Komposer : M . Nasir / Penulis Lirik : Rosli Khamis
ADUH SALEHA
// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
Mana rayuanku hendak ku sampaikan
// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat
// tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya
Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad
Bertahun ku sandar percaya
// S udah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan su ruhan-Nya
(adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)
tak mungkin padam cahaya
// dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan
// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan kala langit dilindung awan
// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)
Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, r aja -r aja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada
(zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)
barulah ku sedar, yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya
S e su dah berdarah barulah ku sedar
// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan
jiwa ku tercalar ohhh . . sakitnya bukan kepalang
// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pe dom an
Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?)
Hidup kita su sah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha
// Kita su dah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri
ohh .. .. . . . . .. . . saliha
// Tolonglah aku orang-orang yang soleh
Nota :
Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti .
Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa ( su dah tua) atau tiada kuasa
( su dah tiada) …
Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang soleh dan solehah . Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu …
utk memahami lirik lagu ‘Andalucia’ dendangan M. Nasir yang ditulis oleh Loloq, sila ke sini.


12 Comments
Moga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman.. Amin..
ya Allah… hebatnya maksud tersirat lagu tu. kite tak penah lak terpikir yg lagu aduh saleha ada maksud lain. huhu. al-fatihah utk arwah…
setiap lagu mnasir dan loloq pasti ada makna terserat…harap maklum.
ermm..klo tgok dri segi penampilan arwah…mmg ramai yg akan judge mcm2..ntahla itu hal dia ngn Tuhan kn..kita sendiri xtahu cmner lagi..moga diampuni arwah n kita semua..
aku penah jumpe in person dgn loloq. last2 dia yg dtg cuit aku n ajak borak, bole gitu? tp dia ok, x sombong.
alfatihah utk arwah~
Hidup Ini Umpama Roda.. Sekejap Naik Sekejap Turun..
Salam.
Al-Fatihah buat arwah.
Menulis dari Jiwa,
Biarkan tangan megukir mahakarya yang dtg dari Jiwa.
chot2kurzz~harap2 begitu lah…
chot2masy~sampai begitu sekali…mcmana dia bole kenal ko yek?
chot2mrozaidi~begitu la watak kita di dunia ini..
chot2goro~ko pun pandai gak menulis bait2 puisi beb..
kekekke..lagu tulah yg paling aku suke…betapa cintanya seorang umat pada Allah…
aku jmpe dia masa press conference Exists, thn 2005 x silap aku. aku tatau la dia kenal ke aku masa tu? klu Exists mmg le dorg kenal aku heheh.
tp aku segan nk bcakap dgn dia, nmpk cam nk tompang glemer je hehe *blushing*
perginya seorang pejuang seni yang penuh misteri dan maksud tersirat dlm liriknya.
al-fatihah. semoga arwah tergolong dlm golongan org beriman
Post a Comment