tyre

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf “R” merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor “82″ kami perlu merujuk kepada carta “index keupayaan mengangkut tayar berat” yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf “H” yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

17 Comments

  1. waaa, dah cerita pasal tayar plak chot nih,ehhehee..:) good info..aku rase ada satu tertinggal..rotation tayar,hehe..sbb aku tengok kekadang ada tayar2 kete yg pasang salah rotation..bunga dia sepatutnya menghala kedepan jadi kebelakang..jadi bunga tayar tak gunalah camtu..

    kekadang org kedai tayarpun tak tahu dan slalu silap…:)aku punye mmg guna 195/55/15 je..Vtec jarang pakai rim 16 or 17melainkan enjin dah power.. tak kaw kalau bukak Vtec nnti,hahahaa…

  2. first time aku tau mende nie..knowledge kete kureng ar bro..

  3. chot2acai~rotation tayar tu jarang berlaku cai…tapi aku pernah kena sekali la. vtec ko mmg power nampaknya…

    chot2afham~dah pakai keta nanti ko tahu la..

  4. Adakah spec system yang digunakan same dengan tayar motor…?

    • kurzz
    • Posted April 18, 2008 at 4:19 am
    • Permalink

    ermm aku pn baru gk tahu..gud info bro!..penah tgok tpi xtahu maksud dier hehe..jenis tayar mmg main peranan tuk tentukan kestabilan n kelancaran sesebuah kete…jgn main taruk ikut sedap mata jer kan..

  5. wah bagus la bro info nie!

    aku tak pernah tau info sebegini rupa. tahniah kerana berjaya menambah ilmu aku pasal tayar nie.

    sebenarnya byk perkara yang remeh yang kita anggap tahu tapi sebenarnya tak tahu eheh

  6. aku tak tahu tukar tayar kete..apetah lagi info pasal tayar…yg aku tau,bwk kete je…ehhehe….bagus info nie..:D

  7. Hahahahha, saya tgk tayar moto saya takdelah camtu… hahahah… Ehhh baru perasan tuko theme…

  8. chot2penerockers~utk tayar motor info ni xsesuai tp setiap angka di tayar ada maksud disebaliknya…

    chot2kurzz~betul tu…ini nampak tayar jenis low profile terus belasah..hehe

    chot2megat~yg remeh tu la kekadang jadi penting….

    chot2kriesz~xpe..dah kahwin nanti, ko bole inform sama hubby ko..hehe

    chot2azhar~la dah kat sebulan aku tukar…hehe

  9. Kalau pergi kedai tayar yang tokey cina tu agak tua … mesti dia bagi tau banyak pasal tayar , itu pun kalau dia ada banyak masa dan kalau kita tanya. Kat rumah aku ada kedai tayar yang orang selalu rekomen , kalau dapat servis dengan boss dia tu memang berbaloi. Dia pernah bagitau aku berhati hati dengan tayar baru tapi murah kerana mungkin tayar tu dah lama dan getah dah keras atau tak elok dan tuan kedai nak abihkan stoknya tu… tu pasai jual murah.

  10. chot2saharman~good info gak tu man…ko dok area mana?

  11. Macam belajar Fizik la plak~~
    Penin~~
    Ha.. ha.. ha..

  12. aku gune je mak aku nye chot..
    tgk la nanti .. ade rezki leh ar gune kete..

  13. aku pakai tayar jenis ganas..jenis Y punya..teka keta aku keta apa?kancil?wira?bmw (banyak makan wang)?hehe..

  14. Salam bro..

    nice entry again.
    Penuh informasi.

  15. Wah tak sangka ko tau pasal tayar2 ni..
    Ko penah amik course per’tayaran’ ker???
    thanks 4 the info.. berguna maklumat nie

  16. lepas ni tayar motor plak chot

Post a Comment

*
*